Secara umum, proses pertumbuhan individu berhenti apabila mereka memasuki alam dewasa. Ia penting untuk mengekalkan berat badan normal pada peringkat ini bagi mengelakkan penyakitpenyakit tidak berjangkit (seperti diabetes dan penyakit jantung). Seorang wanita pada usia subur (berpeluang hamil) memerlukan asid folik yang mencukupi sebagai persediaan untuk mengandung.
Wanita hamil pula memerlukan hidangan seimbang dan berkhasiat untuk memenuhi keperluan pertumbuhan janin. Justeru itu, wanita perlu makan pelbagai hidangan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan untuk memberikan anak mereka permulaan yang baik dalam kehidupan. Kemerosotan jisim tulang bermula apabila seseorang individu mencapai usia 30 tahun. Oleh itu, amat penting untuk mengekalkan pengambilan susu dan hasil tenusu yang kaya dengan kalsium bagi mengelak osteoporosis di kemudian hari.

Perbanyak pilihan. Jika anda sudah mengambil roti untuk sarapan dan nasi campur untuk makan tengah hari, anda boleh mencoba mi untuk makan malam. Begitu juga dengan kumpulan makanan lain, berbagai pilihan dalam sesuatu kumpulan makanan. Jika anda makan sayur kangkung untuk tengah hari, pilih salad campuran untuk makan malam.

Sentiasa SEIMBANGKAN makanan anda. Janganhanya makan satu jenis makanan atau jenis makananyang sama untuk tengah hari dan malam. Pastikananda mengambil makanan daripada kumpulan-kumpulanbijirin, sayuran, daging, ikan, telur, kekacang danbuah-buahan.

Makan tengah hari dan makan malam adalah dua lagi sajian utama dalam sehari. Makanan yang baik boleh membantu anda mendapatkan tenaga dan nutrien secukupnya untuk sepanjang hari. Anda tidak semestinya makan banyak dalam tiga hidangan sehari. Malah, anda boleh makan sedikit tetapi kerap untuk lima hidangan sehari, dengan jarak waktu yang seimbang sepanjang hari.

Sesetengah orang percaya bahawa dengan memakan sarapan pagi, mereka boleh menurunkan berat badan. Tanggapan ini tidak tepat, malah ia akan menyebab kan anda makan secara berlebihan pada waktu lain dan mengakibatkan pengambilankalori yang berlebihan. Justeru itu, makanlahsarapan kerana ia penting untuk pengurusan berat badan di samping menyokong usaha penurunan berat badan.Jika anda dan anak-anak anda selalu meninggalkan sarapan pagi untuk menjimatkan masa atau ingin tidur lama,ini adalah tabiat yang kurang baik. Ingatlahsarapan pagi yang sihat dan berkhasiat membawa banyak manfaat berbanding tidur tambahan beberapa minit. Penyediaansarapan boleh menjadi semudah dan secepat menuang susu ke atas bijirin dan menambah pisang ke dalamnya.

0 comments: